TERKINI
Search

Taklimat LINUS 2.0 Saringan 1 (Menulis) Daerah Perak Tengah

Hari ini telah berlangsung taklimat untuk Saringan 1 Linus 2.0 (Menulis) untuk Daerah Perak Tengah untuk Literasi Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Numerasi.

Sesi taklimat berlangsung di dua tempat iaitu PKG Bota untuk Literasi Bahasa Inggeris, manakala Literasi Bahasa Malaysia dan Numerasi diadakan di dewan Al Biruni, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah.

Setelah selesai taklimat, setiausaha LINUS turut dibekalkan instrumen-instrumen yang diperlukan untuk setiap murid di sekolah masing-masing.

Tarikh saringan telah ditetapkan pada 20 April – 30 April 2014 dan tarikh untuk memasukkan data saringan pula pada 05 Mei – 16 Mei 2014

Taklimat saringan ini juga disertai oleh Ketua PPD Perak Tengah di Dewan Al Biruni, manakala Timbalan PPD pula di PKG Bota.

Foto-foto taklimat LINUS 2.0 Literasi Bahasa Inggeris di PKG Bota

 Taklimat LINUS Literasi dan Numerasi di Dewan Al Biruni, PPD Perak Tengah








nanomag

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor. Aenean massa. Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus.


0 thoughts on “Taklimat LINUS 2.0 Saringan 1 (Menulis) Daerah Perak Tengah