Oleh yang demikian, apakah dokumen-dokumen wajib yang perlu ada di dalam fail panitia?
Di bawah merupakan perkara-perkara (contoh) paling minima yang perlu dimasukkan di dalam filder/fail panitia (terkandung dalam SPI Bil. 4/1986)
- ISI KANDUNGAN
- CARTA ORGANISASI J/KUASA ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.1 & 3.4.13 )
- TAKWIM / CARTA GANTT ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.1 )
- BIODATA GURU ( SPI Bil. 3/1999, Bil. 3/87 Per. 2.3 )
- JADUAL WAKTU ( SKPM 2010 - Standart 3, SPI Bil. 4/1989 )
- RANCANGAN / SUKATAN / HURAIAN ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.4.1 )
- PENGURUSAN MESYUARAT ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.4.7& 8 )
- SIJIL-SIJIL / LANTIKAN ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.2.2 )
- PEPERIKSAAN ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.3.3 ) - Memperbaiki prestasi pelajar-pelajar dalam peperiksaan (berasaskan Sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan berpandukanAtau berasaskan kepada prestasi/target yang ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.
- SKPM 2010 - Standart 5
- JADUAL PEPERIKSAAN
- JADUAL PENYEDIAAN SOALAN
- KEPUTUSAN / ANALISIS ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.4.6 )
- ANALISIS HEADCOUNT
- POST-MORTEM
- PEMANTAUAN ( Audit oleh JNJK / JPS / SIRIM / PPD )
- PROGRAM / AKTIVITI ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.1,3.3.3 & 3.4.11-12 )
- PENYELIAAN / PENCERAPAN ( SPI Bil. 4/86 Per. 3.4.10, Bil.3/87 Per. 2.1.2 )
- SEMAKAN BUKU LATIHAN ( SKPM 2010 - Standart 4 & SPI Bil. 3/1987 Per. 2.2.3 )
- SENARAI BBM / ABM ( SPI Bil. 4/1989 Perkara 3.4.3 & 3.4.4 PP Bil. 5/07, Bil. 5/09 )
- KOLEKSI SOALAN* ( SPI Bil. 4/1986 Perkara 3.4.5 ) * Menyelaras soalan-soalan ujian dan peperiksaan (berasaskan sekolah) yang disediakan bagi tiap-tiap tingkatan atau darjah dan jika perlu menubuhkan koleksi soalan.( SKPM 2010 - Standart 5 )
- TAHUN1/TINGKATAN 1
- TAHUN2/TINGKATAN 2
- TAHUN3/TINGKATAN 3/PPMR
- TAHUN4/TINGKATAN 4
- TAHUN5/TINGKATAN 5/SPM
- TAHUN 6
MUAT TURUN :
Senarai Semak Pengisian Dokumen Dalam Fail Panitia
0 thoughts on “Senarai Semak Lengkap Pengisian Dokumen Dalam Fail Panitia”