Dipanjang dari laman web Jabatan Pendidikan Negeri Perak:
Assalamualaikum..
Guru Besar
Daerah Perak Tengah,
Tuan,
JADUAL SPESIFIKASI ITEM (JSI) PEPERIKSAAN PERCUBAAN (PP) UPSR TAHUN 2015 BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK DAN SAINS
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama ini dilampirkan beberapa dokumen yang berkaitan.
- Surat arahan penggunaan JSI Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 2015
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Bahasa Melayu Pemahaman bagi sekolah SK
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Bahasa Melayu Penulisan bagi sekolah SJK
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Bahasa Inggeris
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Sains
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Matematik
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memuat turun bahan-bahan tersebut melalui attachment di bawah.
Sebarang kemusykilan mengenai JSI tersebut, pihak tuan boleh menghubungi pegawai meja mata pelajaran berikut di talian 05-2414000 Sektor Pengurusan Akademik, JPN, Perak
- Bahasa Melayu - En. Yusman bin Hashim
- Bahasa Inggeris - Pn. Mahizum binti Omar
- Matematik - Pn. Rohaya binti Meor Ahmad
- Sains - Pn. Kamariah binti Zainnul Abiddin
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan selanjutnya.
[ ] | 53 kB | |
[ ] | 1116 kB | |
[ ] | 1038 kB | |
[ ] | 45 kB | |
[ ] | 30 kB | |
[ ] | 16 kB | |
[ ] | 122 kB | |
[ ] | 70 kB | |
[ ] | 72 kB |