TERKINI
Search

Data Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran BM dan Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah


Pengetua Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah


DATA PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH

Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang berusaha mendapatkan maklumat berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu di sekolah menengah. Maklumat ini diperlukan bagi penyediaan laporan dan keperluan lain yang relevan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperhebat penggunaan bahasa Melayu melalui Perancangan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu 2016-2025.

Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pengetua sekolah menengah agar dapat melengkapkan dua jenis data yang diperlukan:

1. Data PROBIM
2. Data Keputusan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
(Bagi pengisian kedua-dua data ini, pihak sekolah hanya perlu mengisi pada ruangan peringkat sekolah sahaja)

MAKLUMAT PENTING:

1. Kedua-dua data yang lengkap mestilah dihantar secara "softcopy" melalui e-mel kepada Pegawai Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah) di daerah masing-masing.
2. Tarikh akhir penghantaran data kepada PPD adalah pada atau sebelum: 10 JANUARI 2016

Sebarang pertanyaan tentang format pelaporan data, sila hubungi Puan Isnazhana binti Ismail di talian 03-88842163 atau Puan Noraziah binti Ahmad Ghazali di talian 03-88842374.

Surat siaran BPK dan data boleh dimuat turun pada ruangan "Attachments"

b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik`

Attachments:
Download this file (Data BM Sekolah Menengah.pdf)Data BM Sekolah Menengah.pdf[ ]2554 kB
Download this file (Data PROBIM.xlsx)Data PROBIM.xlsx[ ]37 kB
Download this file (Templat data keputusan BM_KM.xls)Templat data keputusan BM_KM.xls[ ]102 kB





nanomag

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor. Aenean massa. Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus.


0 thoughts on “Data Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran BM dan Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah