Majlis Aku Janji LINUS2.0 PPD Perak Tengah 2017
By FASILINUS PERAK TENGAH 11:50 am Makluman , Terkini
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
MUAT TURUN - SURAT MAJLIS AKUJANJI
Highly Immersive Programme (HIP) Negeri Perak
By Unknown 11:53 am Highly Immersive Programme , Makluman , Terkini
Assalamualaikum,
Salam Sejahtera,
Salam Perak Tengah Excellent,
Pengetua dan Guru Besar Daerah Perak Tengah
Untuk makluman pihak tuan, peluasan bagi program ini akan mula dilaksanakan di negeri Perak pada bulan Julai 2016. Sehubungan itu, mohon kerjasama tuan untuk membuat persediaan bagi memantapkan pelaksanaan program ini di sekolah tuan. Pihak tuan boleh merujuk kepada Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1999: Garis Panduan Pengendalian Aktiviti Sokongan Bahasa Inggeris Di Sekolah bagi membantu persediaan pihak sekolah.
Bersama ini disertakan dokumen-dokumen berikut untuk rujukan pihak tuan:
Muat Turun
Muat Turun Tapak Post Mortem SPM 2015 / TOV & ETR SPM 2016
By Unknown 4:44 pm Makluman , Muat Turun , Terkini
- Melaksanakan Mesyuarat Post Mortem SPM 2015 di peringkat sekolah,
- Membuat Penetapan TOV dan ETR SPM 2016 di peringkat sekolah (Sila nyatakan senarai nama murid sasaran cemerlang).
- Pengerusi Panitia Mata Pelajaran mencadangkan tarikh Mesyuarat Panitia Daerah mata pelajaran masing-masing dengan menghubungi Pegawai Meja Mata Pelajaran di PPD Perak Tengah.
Muat Turun:
Pelaksanaan Pembayaran IPROBI Bagi Guru Bahasa Inggeris Yang Tercicir Tahun 2015
By Unknown 4:10 pm IPROBI , Makluman , Terkini
Guru-Guru Bahasa Inggeris,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.
Sukacita dimaklumkan bahawa pihak English Language Training Centre (ELTC) dikehendaki menyenaraikan guru-guru Bahasa Inggeris yang layak menerima pembayaran IPROBI tetapi tercicir dalam pelaksanaan pembayarannya tahun 2015.
Sehubungan itu, sekiranya tuan/puan tercicir dari pelaksanaan pembayaran tersebut, mohon menghubungi En. Mohammad Munis bin Musa di talian 019-558 7124 dengan kadar SEGERA iaitu pada atau sebelum 4 Februari 2016.
Pelaksanaan Kursus iThink Secara Dalam Talian (KiDT) Tahun 2016
By Unknown 3:20 pm iThink , Makluman , Terkini
Disertakan Surat Pelaksanaan Kursus iThink Secara Dalam Talian (KiDT) Di Semua Sekolah Tahun 2016 dari JPN Perak dan KPM untuk makluman dan tindakan tuan selanjutnya. Mohon kerjasama pihak sekolah untuk mematuhi kandungan surat berkenaan.
Download : Surat Pelaksanaan
Data Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran BM dan Kesusasteraan Melayu Sekolah Menengah
By Unknown 11:29 am Makluman , Terkini
Pengetua Sekolah Menengah Daerah Perak Tengah
DATA PENCAPAIAN MURID DALAM MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU DAN KESUSASTERAAN MELAYU SEKOLAH MENENGAH
Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) sedang berusaha mendapatkan maklumat berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu di sekolah menengah. Maklumat ini diperlukan bagi penyediaan laporan dan keperluan lain yang relevan selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperhebat penggunaan bahasa Melayu melalui Perancangan Strategik Memartabatkan Bahasa Melayu 2016-2025.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua pengetua sekolah menengah agar dapat melengkapkan dua jenis data yang diperlukan:
1. Data PROBIM
2. Data Keputusan Bahasa Melayu dan Kesusasteraan Melayu
(Bagi pengisian kedua-dua data ini, pihak sekolah hanya perlu mengisi pada ruangan peringkat sekolah sahaja)
MAKLUMAT PENTING:
1. Kedua-dua data yang lengkap mestilah dihantar secara "softcopy" melalui e-mel kepada Pegawai Penolong PPD Bahasa Melayu (Menengah) di daerah masing-masing.
2. Tarikh akhir penghantaran data kepada PPD adalah pada atau sebelum: 10 JANUARI 2016
Sebarang pertanyaan tentang format pelaporan data, sila hubungi Puan Isnazhana binti Ismail di talian 03-88842163 atau Puan Noraziah binti Ahmad Ghazali di talian 03-88842374.
Surat siaran BPK dan data boleh dimuat turun pada ruangan "Attachments"
b.p. Ketua Sektor Pengurusan Akademik`
![]() | [ ] | 2554 kB |
![]() | [ ] | 37 kB |
![]() | [ ] | 102 kB |
Muat Turun Instrumen Pemantauan KBAT
By Unknown 4:54 pm Instrumen Pemantauan , KBAT , Makluman , Muat Turun , Terkini
Kepada Guru Besar dan Pengetua daerah Perak Tengah kini boleh memuat turun instrumen pemantauan KBAT sebagai panduan sekolah masing-masing.
Muat turun :
Instrumen Pemantauan KBAT
Muat Turun RPT Semua Subjek Sekolah Menengah
By Unknown 12:31 pm Makluman , Muat Turun , RPT , Terkini
Sukacita dimaklumkan bahawa Sektor Pengurusan Akademik dengan kerjasama Majlis Guru Cemerlang Negeri Perak telah menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) bagi beberapa mata pelajaran yang diajarkan di sekolah menengah.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan boleh memuat turun RPT berkenaan untuk digunakan. Tuan/Puan boleh menyesuaikan RPT berkenaan mengikut situasi di sekolah masing-masing. Sila klik pautan pada bahagian "Attachments" untuk memuat turun RPT berkenaan.
Selamat menjalankan tugas pada tahun 2016.
![]() | [ ] | 1961 kB |
Muat Turun Bahan-Bahan PJ, PK Dan Sains Sukan
By Unknown 12:23 pm Makluman , Modul , Muat Turun , Terkini
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Tuan/Puan Pengetua/Guru Besar
Mohon hebahkan kepada guru-guru PJ/PK Sains Sukan di sekolah masing-masing berkaitan bahan-bahan PJ/PK Sains Sukan boleh diperolehi melalui laman blog PJPK Perak di pautan http://pjpkssn.blogspot.my
Muat Turun Borang Maklumat Data Guru Bahasa Melayu Tahun 6 2016
By Unknown 8:35 pm Borang , Makluman , Muat Turun , Terkini
Makluman untuk semua Guru Besar,
Tuan/Puan boleh muat naik Borang Maklumat Data Guru Tahun 6 2016 untuk mengisi data Guru Bahasa Melayu sekolah masing-masing.
Borang lengkap hendaklah dihantar secara e-mail kepada Penolong PPD Bahasa Melayu (Rendah), En. Zaidi bin Ujud di alamat email ujudzaidi9568@yahoo.com.my sebelum atau pada 30 Disember 2015.
Pautan bawah untuk muat turun borang tersebut
Muat Turun: Borang Maklumat Data Guru Bahasa Melayu Tahun 6 2016
Muat Turun Tapak Post Mortem UPSR 2015
By Unknown 11:18 am Makluman , Muat Turun , Post Mortem , Terkini
Muat Turun Borang Permohonan Pemeriksa UPSR
By Unknown 10:26 am Borang , Makluman , Terkini , UPSR 2016
Panduan Permohonan Untuk Menjadi Pemeriksa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
1. Guru-guru hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Sedang berkhidmat di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
- Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan
- Mengajar mata pelajaran berkenaan di peringkat Tahun 4,5 dan 6
- Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan sekurang-kurangnya 3 tahun
- Tidak terlibat dengan sebarang kursus pada bulan September/Oktober
- Permohonan hendalha disahkan oleh Guru Besar
2. Semua permohonan hendaklah mengisi Borang Maklumat Pemeriksa yang boleh di muat turun dipautan bawah
3. Pihak sekolah hendaklah menghantar senarai nama guru-guru yang dicadangkan menjadi pemeriksa peperiksaan UPSR ke Lembaga Peperiksaan ke alamat:
Pengarah
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Aras 1,2,5 - 13, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(U.P: PUAN PN SHAHRAZAD BINTI MOHD SALLEH)
Muat Turun Borang Permohonan Pemeriksa UPSR
Arahan Penentuan TOV SPM 2016 Negeri Perak
By Unknown 4:10 pm Makluman , SPM , Terkini
Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak
Tuan,
Sukacita dimaklumkan bahawa, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri (MJKN) yang diadakan pada 9 Julai di PPD Batang Padang telah menetapkan agar keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Tingkatan Empat 2015 dijadikan TOV SPM 2016.
Bagi menentukan Sasaran SPM 2016 PULA, MJKN Bil 3/2015 yang diadakan pada 8 Oktober 2015 telah menetapkan sasaran SPM 2016 adalah seperti berikut:
Gred Purata Negeri (GPN) : 4.35
Cemerlang : 3.93% (1324 orang murid)
Lulus : 90.565 (30734 orang murid)
Tuan/puan juga diminta mematuhi tarikh Peperiksaan Dalaman yang telah ditetapkan di dalam lampiran yang boleh dimuat turun di pautan bawah.
Maklumat lanjut, tuan/puan boleh muat turun surat arahan/makluman di pautan bawah:
MUAT TURUN: SURAT ARAHAN PENENTUAN TOV SPM NEGERI PERAK 2016
Muat Turun Template Pelaporan PLC Sekolah Daerah Perak Tengah
By Unknown 12:28 pm Makluman , Muat Turun , PLC , Terkini
Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Daerah Perak Tengah.
Bersama ini disertakan template Pelaporan PLC untuk diisi oleh Penyelaras PLC sekolah tuan.
Laporan yang telah diisi dan dilengkapkan hendaklah diemail ke munismusa7667@gmail.com pada atau sebelum 13 November 2015.
Sebarang kemusykilan, pihak tuan boleh berhubung dengan En. Mohammad Munis bin Musa di talian 05-371 1272 sam. 147 atau 019-558 7124.
Kerjasama tuan dalam perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Muat turun template di pautan bawah
Template Pelaporan PLC Sekolah Daerah Perak Tengah
Muat Turun Bahan Penataran Format Baharu UPSR 2016
By Unknown 3:11 pm Format UPSR , Makluman , Muat Turun , Terkini , UPSR 2016
Instrumen Soal Selidik Guru Berkaitan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS)
By Unknown 3:31 pm Instrumen Pemantauan , JPN , Makluman , Pentaksiran Sekolah , Terkini
Penyelaras PS Daerah,
Negeri Perak
Tuan
Merujuk kepada Mesyuarat Penyelarasan BPK bersama Bersama-sama Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Bil. 3/2015 pada 23-25 Ogos 2015 dan Mesyuarat BPK bersama pegawai Focal Point pada 3 September 2015 telah memutuskan Instrumen Kajian Pentaksiran Sekolah KSSR akan digunakan oleh JPN bagi mendapatkan data pelaksanaan PS disekolah. Laporan dapatan kajian tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat penyelarasan seterusnya bersama BPK
Sehubungan itu, tuan diminta memanjangkan URL :
Instrumen berkenaan ke semua sekolah di daerah tuan melalui portal, emel atau kaedah lain untuk dilengkapkan pada atau sebelum 15 Oktober 2015.
Pasikan hanya seorang guru daripada tahun 4 dan tahun 5 bagi setiap mata pelajaran sahaja yang melengkapkan instrumen berkenaan.
Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai
Terima kasih,
Kamariah bt Zainnul Abiddin
Penolong Pengarah (Sains),
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
No tel pej: 05-24140000 samb 111
No faks: 05-2421834
No tel h.set : 0135282785
DS & DSKP Semua Subjek KSSR Tahun 1 Hingga Tahun 6
By Unknown 8:57 am DSKP , KSSR , Makluman , Modul , Muat Turun , Terkini
Berikut adalah semua DS & DSKP bagi kesemua subjek KSSR mengikut tahun. Semoga bermanfaat.
DOKUMEN STANDARD | DS Tahun 1
DOKUMEN STANDARD | DS Tahun 2
DOKUMEN STANDARD | DS Tahun 3
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN | DSKP Tahun 4
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN | DSKP Tahun 5
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM & PENTAKSIRAN | DSKP Tahun 6
- Dokumen Standard Tahun 6 KSSR Semua Subjek SK
- Dokumen Standard Prestasi Tahun 6 KSSR Semua Subjek SJK
Muat Turun Bahan Penataran Pentaksiran Sekolah
By Unknown 10:49 am Makluman , Muat Turun , PBS , Terkini
Makluman untuk guru besar dan pengetua, tuan-tuan kini boleh memuat turun bahan-bahan pembentangan untuk penataran Pentaksiran Sekolah di pautan bawah:
BAHAN PENATARAN PENTAKSIRAN SEKOLAH
Muat Turun Format dan Instrumen Contoh UPSR tahun 2016
By Unknown 2:36 pm Format UPSR , Makluman , Muat Turun , Terkini , UPSR 2016
Sumber: Lembaga Peperiksaan
Instrumen Pengesanan Pentaksiran Sekolah Tahun 4 dan Tahun 5, 2015
By Unknown 12:11 pm Instrumen Pemantauan , Makluman , Muat Turun , PBS , Terkini
Guru Besar
Daerah Perak Tengah
Tuan/Puan,
INSTRUMEN PENGESANAN PENTAKSIRAN SEKOLAH TAHUN 4 DAN TAHUN 5, 2015
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat BPK Ruj : KPM SP-600-5/1/5(5) bertarikh 10 September 2015 yang diterima oleh Sektor Pengurusan Akademik pada 17 September 2015.
Bersama-sama ini dilampirkan surat BPK Ruj : KPM SP-600-5/1/5(5) bertarikh 10 September 2015 untuk tindakan Setiausaha Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah tuan dengan kadar segera.
Mohon pihak tuan muat turun surat tersebut melalui attachment di bawah untuk makluman dan rujukan serta melengkapkan maklumat Status Pelaksanaan Pentaksiran sekolah (PS) melalui pautan dalam bentuk Google form pada atau sebelum 21 September 2015.
Setiausaha PBS hanya perlu klik/sentuh submit sekali sahaja bagi setiap sekolah.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi En. Sudiman Musa di talian 03-888 42011.
Sekian, dimaklumkan
Tindakan :
1. Muat turun surat arahan melalui attachment di
![]() | [ ] | 2058 kB |
2. Sila klik di sini untuk melengkapkan maklumat Status Pelaksanaan Pentaksiran sekolah (PS) melalui pautan dalam bentuk Google form pada atau sebelum 21 September 2015.
Terima kasih.