Instrumen Soal Selidik Guru Berkaitan Pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS)
By Unknown 3:31 pm Instrumen Pemantauan , JPN , Makluman , Pentaksiran Sekolah , Terkini
Penyelaras PS Daerah,
Negeri Perak
Tuan
Merujuk kepada Mesyuarat Penyelarasan BPK bersama Bersama-sama Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pelajaran Negeri Bil. 3/2015 pada 23-25 Ogos 2015 dan Mesyuarat BPK bersama pegawai Focal Point pada 3 September 2015 telah memutuskan Instrumen Kajian Pentaksiran Sekolah KSSR akan digunakan oleh JPN bagi mendapatkan data pelaksanaan PS disekolah. Laporan dapatan kajian tersebut akan dibincangkan dalam mesyuarat penyelarasan seterusnya bersama BPK
Sehubungan itu, tuan diminta memanjangkan URL :
Instrumen berkenaan ke semua sekolah di daerah tuan melalui portal, emel atau kaedah lain untuk dilengkapkan pada atau sebelum 15 Oktober 2015.
Pasikan hanya seorang guru daripada tahun 4 dan tahun 5 bagi setiap mata pelajaran sahaja yang melengkapkan instrumen berkenaan.
Kerjasama dan perhatian tuan amat dihargai
Terima kasih,
Kamariah bt Zainnul Abiddin
Penolong Pengarah (Sains),
Sektor Pengurusan Akademik,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
No tel pej: 05-24140000 samb 111
No faks: 05-2421834
No tel h.set : 0135282785
Pelaksanaan Ujian Pasca PROTIM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan 5, 2015
By Unknown 9:19 am JPN , Makluman , Muat Turun , PROTIM , Terkini
DARI PORTAL JPN PERAK
Guru Besar,
SK/SJKC/ SJKT/SABK,
Negeri Perak
Tuan,
Pelaksanaan Ujian PascaPROTIM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan 5, 2015
Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dengan ini dimaklumkan bahawa surat dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia nombor rujukan KP (BPK) 700-4/2/4 (4) bertarikh 11 Mac 2014 adalah berkaitan. Ujian PascaProTiM dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan 3M murid selepas Ujian PraProTiM.
3. Untuk makluman tuan, Ujian PascaProTiM Tahun 4 dan 5, 2015 akan dilaksanakan serentak di semua daerah pada 3 Ogos 2015 hingga 7 Ogos 2015 dengan sedikit penambahbaikan dan hanya murid Tahun 4 dan 5 yang GAGAL dalam Ujian PraProTiM yang lalu akan menduduki ujian.
4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memastikan pelaksanaan ujian tersebut dapat dijalankan mengikut tarikh dan kriteria murid yang ditetapkan. Dokumen dan instrumen berkaitan pelaksanaan Ujian PascaProTiM Tahun 4 dan 5 boleh dimuat turun melalui attachment di bawah.
4.1 Instrumen Ujian Membaca PascaProTiM Tahun 4
4.2 Instrumen Ujian MenulisPascaProTiM Tahun 4
4.3 Instrumen Ujian Membaca PascaProTiM Tahun 5
4.4 Instrumen Ujian Menulis PascaProTiM Tahun 5
4.5 Skema Pemarkahan Ujian Pasca ProTiM
4.6 JSU Ujian Membaca PascaProTiM
4.7 JSU Ujian Menulis Ujian PascaProTiM
5. Semua instrumen Ujian PascaProTiM Tahun 4dan 5 adalah dianggap sebagai ‘SULIT’ dan perlu disimpan di tempat yang sesuai. Sila guna Borang Skor KPBM Sekolah 2 yang telah diedarkan semasa Pelaksanaan Ujian PraProTiM yang lalu. Analisis data ujian yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan melalui pautan sesawang www.kpbmperak.blogspot.com mulai 10 Ogos 2015 hingga 23 Ogos 2015.
6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Zoraimi bin Shariff, dalam talian 05-2414000 sambungan 298 atau 012-622340 atau Pen. PPD Bahasa Melayu di daerah masing-masing.
Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian.
b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik
| [ ] | 211 kB | |
| [ ] | 211 kB | |
| [ ] | 1979 kB | |
| [ ] | 1889 kB | |
| [ ] | 242 kB | |
| [ ] | 245 kB | |
| [ ] | 87 kB |
Program Amanjaya Gemilang UPSR 2014-2015 - English Zon 3
By Unknown 11:42 pm JPN , Program , Terkini
Seramai 221 peserta dari empat daerah berkumpul di D'hotel, Sri Iskandar, Perak Tengah bagi menghadiri Bengkel Amanjaya Gemilang UPSR 2014-2015 untuk Bahasa Inggeris bagi Zon 3.
Daerah-daerah yang terlibat termasuklah Manjung, Kinta Utara, Kerian dan tuan rumah, daerah Perak Tengah. Guru-guru yang terlibat adalah terdiri daripada mereka yang mengajar tahun 6 di sekolah masing-masing.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah dibimbing oleh 9 orang jurulatih utama. Majlis ini dirasmikan penutupnya oleh Timbalan PPD Perak Tengah, Tuan Zaudi bin Haji Lebai Mat.
Lagi foto-foto menarik di laman FB Unit Pengurusan Akdemik
Daerah-daerah yang terlibat termasuklah Manjung, Kinta Utara, Kerian dan tuan rumah, daerah Perak Tengah. Guru-guru yang terlibat adalah terdiri daripada mereka yang mengajar tahun 6 di sekolah masing-masing.
Bengkel yang berlangsung selama tiga hari dua malam ini telah dibimbing oleh 9 orang jurulatih utama. Majlis ini dirasmikan penutupnya oleh Timbalan PPD Perak Tengah, Tuan Zaudi bin Haji Lebai Mat.
Lagi foto-foto menarik di laman FB Unit Pengurusan Akdemik
Tahniah Tuan Hj Mohd Idris - Pengarah Baru JPN Perak
By Unknown 4:34 pm JPN , Terkini
Warga Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, Unit Akademik mengucapkan tahniah kepada Yang Berusaha Tuan Haji Mohd Idris bin Haji Ramli P.M.P, A.M.P di atas perlantikan sebagai PENGARAH PENDIDIKAN PERAK yang baru!
Program Amanjaya Gemilang UPSR 2014-2015
By Unknown 4:22 pm JPN , Terkini
4 Fokus Utama:
12 Aktiviti utama
- Kepimpinan sekolah
- Kesediaan guru
- Kesediaan murid
- Sarana Ibu Bapa
- Memantapkan kepimpinan instruksional Guru Besar
- Meningkatkan pembudayaan Headcount
- Membangunkan Profesionalisma Guru Besar secara berterusan (CPD)
- Meningkatkan kualiti guru
- Meningkatkan kehadiran murid melalui Program Amalan Guru Penyayang
- Meningkatkan kesediaan murid untuk belajar melalui Program KITA BOLEH
- Memperkasa dan menggerakkan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)
- Aku Janji bersama Ibu Bapa dan Murid Tahun 5 dan 6
- Mengadakan seminar keibubapaan
- Mengadakan wawancara eksklusif bersama Pengarah Pendidikan Perak di Radio 3 Ipoh
- Jerayawara Program Amanjaya Gemilang UPSR 2014 -2015



































