TERKINI
Search

Pelaksanaan Ujian Pasca PROTIM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan 5, 2015


DARI PORTAL JPN PERAK

Guru Besar,
SK/SJKC/ SJKT/SABK,
Negeri Perak
Tuan,

Pelaksanaan Ujian PascaPROTIM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan 5, 2015

Sukacita saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Dengan ini dimaklumkan bahawa surat dari Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia nombor rujukan KP (BPK) 700-4/2/4 (4) bertarikh 11 Mac 2014 adalah berkaitan. Ujian PascaProTiM dilaksanakan adalah bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan 3M murid selepas Ujian PraProTiM.

3. Untuk makluman tuan, Ujian PascaProTiM Tahun 4 dan 5, 2015 akan dilaksanakan serentak di semua daerah pada 3 Ogos 2015 hingga 7 Ogos 2015 dengan sedikit penambahbaikan dan hanya murid Tahun 4 dan 5 yang GAGAL dalam Ujian PraProTiM yang lalu akan menduduki ujian.

4. Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan untuk memastikan pelaksanaan ujian tersebut dapat dijalankan mengikut tarikh dan kriteria murid yang ditetapkan. Dokumen dan instrumen berkaitan pelaksanaan Ujian PascaProTiM Tahun 4 dan 5 boleh dimuat turun melalui attachment di bawah.

4.1 Instrumen Ujian Membaca PascaProTiM Tahun 4
4.2 Instrumen Ujian MenulisPascaProTiM Tahun 4
4.3 Instrumen Ujian Membaca PascaProTiM Tahun 5
4.4 Instrumen Ujian Menulis PascaProTiM Tahun 5
4.5 Skema Pemarkahan Ujian Pasca ProTiM
4.6 JSU Ujian Membaca PascaProTiM
4.7 JSU Ujian Menulis Ujian PascaProTiM

5. Semua instrumen Ujian PascaProTiM Tahun 4dan 5 adalah dianggap sebagai ‘SULIT’ dan perlu disimpan di tempat yang sesuai. Sila guna Borang Skor KPBM Sekolah 2 yang telah diedarkan semasa Pelaksanaan Ujian PraProTiM yang lalu. Analisis data ujian yang telah dilengkapkan hendaklah dimasukkan melalui pautan sesawang www.kpbmperak.blogspot.com mulai 10 Ogos 2015 hingga 23 Ogos 2015.

6. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Encik Zoraimi bin Shariff, dalam talian 05-2414000 sambungan 298 atau 012-622340 atau Pen. PPD Bahasa Melayu di daerah masing-masing.

Kerjasama tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

b.p Ketua Sektor Pengurusan Akademik



nanomag

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit. Aenean commodo ligula eget dolor. Aenean massa. Cum sociis natoque penatibus et magnis dis parturient montes, nascetur ridiculus mus.


0 thoughts on “Pelaksanaan Ujian Pasca PROTIM Bahasa Malaysia Tahun 4 dan 5, 2015