JSU Peperiksaan Pertengahan Tahun (Tahun 6) 2016
By Unknown 12:59 pm Jadual Spesifikasi Item (JSI) , Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) , Muat Turun , Terkini , UPSR
Salam Sejahtera
Jabatan Pendidikan Negeri Perak telah mengeluarkan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2016 untuk semua sekolah-sekolah di daerah negeri Perak.
Antara subjek-subjek yang terlibat adalah:
- Bahasa Melayu SK
- Bahasa Melayu SJK
- Bahasa Inggeris Pemahaman
- Bahasa Inggeris Penulisan
- Bahasa Cina Pemahaman
- Bahasa Cina Penulisan
- Bahasa Tamil Pemahaman
- Bahasa Tamil Penulisan
- Matematik
- Sains
Mohon pihak sekolah muat turun JSU yang berkaitan sebagai panduan pihak sekolah.
Muat Turun JSI Percubaan UPSR 2015 untuk BM, BI, Matematik dan Sains
By Unknown 8:58 am Jadual Spesifikasi Item (JSI) , Makluman , Muat Turun , Terkini
Dipanjang dari laman web Jabatan Pendidikan Negeri Perak:
Assalamualaikum..
Guru Besar
Daerah Perak Tengah,
Tuan,
JADUAL SPESIFIKASI ITEM (JSI) PEPERIKSAAN PERCUBAAN (PP) UPSR TAHUN 2015 BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, MATEMATIK DAN SAINS
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
Sukacita dimaklumkan bahawa bersama-sama ini dilampirkan beberapa dokumen yang berkaitan.
- Surat arahan penggunaan JSI Peperiksaan Percubaan UPSR Tahun 2015
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Bahasa Melayu Pemahaman bagi sekolah SK
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Bahasa Melayu Penulisan bagi sekolah SJK
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Bahasa Inggeris
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Sains
- JSI Kertas PP UPSR 2015 Matematik
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama pihak tuan untuk memuat turun bahan-bahan tersebut melalui attachment di bawah.
Sebarang kemusykilan mengenai JSI tersebut, pihak tuan boleh menghubungi pegawai meja mata pelajaran berikut di talian 05-2414000 Sektor Pengurusan Akademik, JPN, Perak
- Bahasa Melayu - En. Yusman bin Hashim
- Bahasa Inggeris - Pn. Mahizum binti Omar
- Matematik - Pn. Rohaya binti Meor Ahmad
- Sains - Pn. Kamariah binti Zainnul Abiddin
Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian dimaklumkan untuk tindakan tuan selanjutnya.
| [ ] | 53 kB | |
| [ ] | 1116 kB | |
| [ ] | 1038 kB | |
| [ ] | 45 kB | |
| [ ] | 30 kB | |
| [ ] | 16 kB | |
| [ ] | 122 kB | |
| [ ] | 70 kB | |
| [ ] | 72 kB |
























