Unit Pengurusan Akademik mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Daerah Perak Tengah dan seluruh Malaysia.
Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru di Malaysia
Peredaran zaman dan kemajuan teknologi tidak pernah mengubah tugas dan jasa guru dalam mendidik dan membekalkan ilmu kepada seluruh pelajar.
Tugas guru pada masa kini pula semakin mencabar yang mana memerlukan kreativiti dan inovasi bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kepada pelajar selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
Dari perspektif pelajar pula, selain mengajar subjek yang berkaitan, guru juga dianggap rakan dan teman untuk berbincang dan meluahkan perasaan, khususnya berkaitan dengan perkembangan diri
Sehubungan itu, bagi menggambarkan pengiktirafan kepada jasa guru, pada 16 Mei setiap tahun,
Kementerian Pendidikan akan menganjurkan sambutan Hari Guru dengan melengkapkan pelbagai program yang menjurus kepada penghargaan kepada guru
TEMA HARI GURU 2015
Untuk tahun ini sambutan Hari Guru di Malaysia adalah bertemakan GURU : MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK akan diraikan pada 16 Mei bagi mengenang jasa dan pengorbanan guru dalam mendidik anak bangsa.
DEFINISI DAN HURAIAN TEMA HARI GURU 2015
0 thoughts on “Selamat Hari Guru daripada Unit Pengurusan Akademik PPD Perak Tengah”