Panduan Permohonan Untuk Menjadi Pemeriksa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
1. Guru-guru hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut:
- Sedang berkhidmat di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan
- Berjawatan tetap dan telah disahkan dalam jawatan
- Mengajar mata pelajaran berkenaan di peringkat Tahun 4,5 dan 6
- Pengalaman mengajar mata pelajaran berkenaan sekurang-kurangnya 3 tahun
- Tidak terlibat dengan sebarang kursus pada bulan September/Oktober
- Permohonan hendalha disahkan oleh Guru Besar
2. Semua permohonan hendaklah mengisi Borang Maklumat Pemeriksa yang boleh di muat turun dipautan bawah
3. Pihak sekolah hendaklah menghantar senarai nama guru-guru yang dicadangkan menjadi pemeriksa peperiksaan UPSR ke Lembaga Peperiksaan ke alamat:
Pengarah
Lembaga Peperiksaan Malaysia
Aras 1,2,5 - 13, Blok E11, Kompleks E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(U.P: PUAN PN SHAHRAZAD BINTI MOHD SALLEH)
Muat Turun Borang Permohonan Pemeriksa UPSR