Pengetua
Sekolah Menengah Negeri Perak
Tuan,
Sukacita dimaklumkan bahawa, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Negeri (MJKN) yang diadakan pada 9 Julai di PPD Batang Padang telah menetapkan agar keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) Tingkatan Empat 2015 dijadikan TOV SPM 2016.
Bagi menentukan Sasaran SPM 2016 PULA, MJKN Bil 3/2015 yang diadakan pada 8 Oktober 2015 telah menetapkan sasaran SPM 2016 adalah seperti berikut:
Gred Purata Negeri (GPN) : 4.35
Cemerlang : 3.93% (1324 orang murid)
Lulus : 90.565 (30734 orang murid)
Tuan/puan juga diminta mematuhi tarikh Peperiksaan Dalaman yang telah ditetapkan di dalam lampiran yang boleh dimuat turun di pautan bawah.
Maklumat lanjut, tuan/puan boleh muat turun surat arahan/makluman di pautan bawah:
MUAT TURUN: SURAT ARAHAN PENENTUAN TOV SPM NEGERI PERAK 2016